Kesatuan ekonomi dan kewangan Eropah Euro

Sejarah (1990-2008)

Mata wang euro dicipta melalui cadangan Perjanjian Masstricht 1992. Bagi menyertai penggunaan mata wang baru ini, negara-negara ahli diwajibkan memenuhi beberapa kriteria tetap seperti defisit belanjawan kurang daripada tiga peratus daripada KDNK negara itu, nisbah hutang kurang daripada 60 peratus daripada KDNK, inflasi rendah, kadar bunga yang hampir sama dengan purata EU. Dalam Perjanjian Maastricht, United Kingdom dan Denmark dikecualikan dalam proses menerima mata wang euro.

Oleh sebab negara-negara ahli mempunyai cara membulatkan jumlah wang yang berbeza, setiap pertukaran antara mata wang tempatan perlu dilakukan menggunakan proses penyegitigaan melalui euro. Nilai euro definitif (iaitu kadar pertukaran apabila negara ahli mula menggunakan euro) ditunjukkan dalam jadual.

Matawang kebangsaan dahulu negara-negara Euro
MatawangKodKadarDitetapkan padaBerkuatkuasa
SchillingATS&&&&&&&&&&&&&013.76030013.760331 Disember 19982002
FrancBEF&&&&&&&&&&&&&040.33990040.339931 Disember 19982002
GuldenNLG&&&&&&&&&&&&&&02.2037102.2037131 Disember 19982002
MarkkaFIM&&&&&&&&&&&&&&05.9457305.9457331 Disember 19982002
FrancFRF&&&&&&&&&&&&&&06.5595706.5595731 Disember 19982002
MarkDEM&&&&&&&&&&&&&&01.9558301.9558331 Disember 19982002
Paun IrelandIEP&&&&&&&&&&&&&&00.7875640.78756431 Disember 19982002
LiraITL0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali1,936.2731 Disember 19982002
FrancLUF&&&&&&&&&&&&&040.33990040.339931 Disember 19982002
FrancMCF&&&&&&&&&&&&&&06.5595706.5595731 Disember 19982002
Escudo PortugisPTE&&&&&&&&&&&&0200.482000200.48231 Disember 19982002
LiraSML0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali1,936.2731 Disember 19982002
PesetaESP&&&&&&&&&&&&0166.386000166.38631 Disember 19982002
LiraVAL0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali1,936.2731 Disember 19982002
DrachmaGRD&&&&&&&&&&&&0340.750000340.7519 Jun 20002002
Tolar SloveniaSIT&&&&&&&&&&&&0239.640000239.6411 Julai 20062007
Paun CyprusCYP&&&&&&&&&&&&&&00.5852740.58527410 Julai 20072008
LiraMTL&&&&&&&&&&&&&&00.4293000.429310 Julai 20072008
KorunaSKK&&&&&&&&&&&&&030.12600030.1268 Julai 20082009
KroonEEK&&&&&&&&&&&&&015.64660015.646613 Julai 20102011
Lat LatviaLVL0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali0,702,8049 Julai 20132014
Litas LithuaniaLTL&&&&&&&&&&&&&&03.4528003.4528023 Julai 20142015

Kadar-kadar tersebut ditentukan oleh Majlis Kesatuan Eropah, berdasarkan cadangan Suruhanjaya Eropah berdasarkan kadar pasaran pada 31 Disember 1998, supaya satu Unit Mata Wang Eropah (ECU) sama dengan satu euro. Kadar tersebut tidak boleh ditentukan pada masa lebih awal, kerana ECU bergantung kepada kadar pertukaran tutupan untuk mata wang bukan euro (utamanya Paun Sterling) hari itu.

Prosedur yang digunakan untuk menentukan kadar pertukaran antara drachma Yunani dan euro berbeza. Kadar pertukaran euro dengan mata wang lain ditentukan hanya beberapa jam sebelum euro digunakan, manakala kadar pertukaran antara euro dan drachma sudah ditetapkan beberapa bulan sebelum euro diperkenalkan di Yunani pada 9 Jun 2000.

Mata wang euro diperkenalkan dalam bentuk bukan fizikal (iaitu dalam bentuk cek pengunjung, pemindahan elektronik, perbankan dan lain-lain) pada tengah malam 1 Januari 1999. Pada masa itu, kadar pertukaran antara mata wang tempatan negara-negara ahli dengan euro mula ditetapkan secara kekal. Kertas wang dan syiling mata wang lama itu terus menjadi wang sah, sehingga kertas wang dan syiling euro baru diperkenalkan pada 1 Januari 2002.

Zon euro

Rencana utama: Zon euroEuro 2015

Euro merupakan mata wang tunggal di Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia and Sepanyol. 19 negara ini dikenali sebagai "zon euro". Di luar benua Eropah, euro merupakan wang sah di jajahan Perancis, iaitu Guiana Perancis, Réunion, Saint Pierre dan Miquelon, Guadeloupe, Martinique, Saint-Barthélemy, Saint Martin, Mayotte, Pulau Clipperton dan Tanah Selatan dan Antartika Perancis; wilayah autonomi Portugal Azores dan Madeira; dan Kepulauan Canary Sepanyol.

  • Melalui perjanjian dua hala, Andorra, Monaco, San Marino dan Kota Vatikan mengilang syiling sendiri untuk Bank Pusat Eropah. Namun, jumlah syiling yang dikilang bagi negara-negara tersebut terhad.
  • Meskipun United Kingdom dan Denmark tidak menggunakan euro, mata wang itu turut diterima di negara-negara tersebut. Switzerland juga menerima euro.